Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. minuman setiap kali selepas makan tengahari dan makan malam.
KEMPISKAN PERUT
ambil air limau nipis dan campur dengan kapursirih. Sapu pada perut, amalkan pada setiap malam yer.
KAKI TERSELIUH
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.
HILANGKAN KEPUTIHAN
=Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.
=Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.
=Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.
PENYERI MUKA
Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapu teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun sapu muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali
TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapu getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah.Buat selama seminggu ye..
OK SELAMAT MENCUBA YER SUMER..!!!^_^